Hos podcast Sembang Ohh Yeahh, Iskandar Rahman menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa insiden dirinya dirasuk ketika merakamkan salah satu episod podcast berkenaan hanyalah lakonan atau gimik untuk meraih perhatian.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Iskandar menjelaskan kejadian tersebut langsung tidak pernah dirancang.
Menurutnya, setiap episod podcast kendaliannya dirakam secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip.
“Benda tak ada dalam perancangan. Itu bukan paranormal. Wallahi tak ada niat untuk ke arah tu. Apa Yang berlaku dalam podcast semua raw.”
“Tiada daya dan upaya melainkan semua kehendaknya. Tak pernah sekali pun episod podcast aku yang aku rancang. Semua Raw and real footage,”
Iskandar turut menegaskan reaksi yang dipamerkannya ketika kejadian, termasuk keadaan mata tidak berkelip dan air mata yang mengalir, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat.
Terdahulu, rakaman kejadian ketika sesi podcast tersebut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang percaya insiden itu benar-benar berlaku, namun tidak kurang juga yang mendakwa ia sekadar kandungan yang direka bagi meraih tontonan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika rakaman episod podcast bertajuk ‘Ustaz Syafiq Prai Islamkan Jin Dalam Studio SOY’ baru-baru ini.

Leave a Reply