Author: izharkifli@gmail.com

  • “Meminta Sangat Dia Ni Pun, Siapa Yang Bercerita Kalau Bukan Memey Kan?” – Abby Abadi

    “Meminta Sangat Dia Ni Pun, Siapa Yang Bercerita Kalau Bukan Memey Kan?” – Abby Abadi

    Pelakon Abby Abadi sekali lagi meluahkan rasa marah terhadap seorang individu yang didakwa merupakan rakan baik Memey Suhaiza kerana mencampuri kemelut keluarganya sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan di media sosial.

    Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mendakwa individu terbabit tidak mengetahui perkara sebenar, namun tetap memberikan pandangan serta mempertahankan pihak lain hingga menyinggung perasaannya.

    Dalam hantaran sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut mempersoalkan mengapa hanya kisah kebaikan Memey diketengahkan, sedangkan terdapat perkara lain yang didakwanya tidak diceritakan kepada umum.

    Abby turut terkilan apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan mahu menyertai umrah menggunakan tiket kelas perniagaan, sedangkan dia menafikan pernah membuat permintaan tersebut.

    “Saya tertarik bila kata saya hendak ikut umrah naik kelas perniagaan. Bila masa? Saya tak pernah minta. Siapa yang bercerita tu kalau bukan Memey kan.”

    “Awak ingat saya terhegeh-hegeh macam awak? Saya tak hadap pun semua itu. Tolong semak semula WhatsApp, dari mana datang cerita umrah dan kelas perniagaan tersebut.”

    “Mulut siapa yang bawak cerita ni? Kalau berani, datang cakap depan-depan. Awak siapa sebenarnya dan apa tujuan awak campur urusan saya?,” jelasnya.

    Menerusi hantaran berasingan, ibu kepada enam anak itu sekali lagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap individu berkenaan yang disifatkan terlalu bersungguh-sungguh mempertahankan rakannya tanpa mengetahui keseluruhan cerita.

    Terdahulu, seorang individu yang dipercayai rakan Memey memuat naik kenyataan mendakwa Abby mahu menerima layanan istimewa, termasuk menginap di hotel mewah dan menyertai umrah menggunakan tiket kelas perniagaan. Individu itu juga mendakwa Abby sering mempersoalkan layanan yang diterimanya daripada orang sekeliling

  • Rosmah Mansor saman Harith Iskander, dakwa kaitkan dirinya dengan makhluk halus

    Rosmah Mansor saman Harith Iskander, dakwa kaitkan dirinya dengan makhluk halus

    Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Harith Iskander disaman Datin Seri Rosmah Mansor kerana didakwa menghina rupa paras dan fizikal isteri bekas perdana menteri itu dalam salah satu persembahan komedi bersirinya pada Januari lalu.

    Rosmah, 75, yang memfailkan tuntutan samannya pada 9 Jun lalu, mendakwa Harith Iskander dalam persembahan ‘Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour’ di Hotel Swiss-Garden, Melaka memaparkan imej makhluk halus, sebelum memaparkan gambarnya.

    Dalam pernyataan tuntutannya, Rosmah mendakwa, sebelum berbuat demikian, Harith Iskander memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan yang gelap akan ‘melihat sesuatu yang menakutkan’

    Menurut Rosmah , ia sekali gus jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengaitkan plaintif dengan makhluk halus.

     

  • Ramai kata tipu kerasukan Jin, hos podcast tampil dedah hal sebenar

    Ramai kata tipu kerasukan Jin, hos podcast tampil dedah hal sebenar

    Hos podcast Sembang Ohh Yeahh, Iskandar Rahman menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa insiden dirinya dirasuk ketika merakamkan salah satu episod podcast berkenaan hanyalah lakonan atau gimik untuk meraih perhatian.

    Menerusi satu perkongsian di Threads, Iskandar menjelaskan kejadian tersebut langsung tidak pernah dirancang.

    Menurutnya, setiap episod podcast kendaliannya dirakam secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip.

    “Benda tak ada dalam perancangan. Itu bukan paranormal. Wallahi tak ada niat untuk ke arah tu. Apa Yang berlaku dalam podcast semua raw.”

    “Tiada daya dan upaya melainkan semua kehendaknya. Tak pernah sekali pun episod podcast aku yang aku rancang. Semua Raw and real footage,”
    Iskandar turut menegaskan reaksi yang dipamerkannya ketika kejadian, termasuk keadaan mata tidak berkelip dan air mata yang mengalir, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat.

    Terdahulu, rakaman kejadian ketika sesi podcast tersebut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    Ada yang percaya insiden itu benar-benar berlaku, namun tidak kurang juga yang mendakwa ia sekadar kandungan yang direka bagi meraih tontonan.

    Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika rakaman episod podcast bertajuk ‘Ustaz Syafiq Prai Islamkan Jin Dalam Studio SOY’ baru-baru ini.

  • Ibu Syed Saddiq bersuara mengenai perkahwinan selepas keputusan kes Mahkamah Syed Saddiq diumum

    Ibu Syed Saddiq bersuara mengenai perkahwinan selepas keputusan kes Mahkamah Syed Saddiq diumum

    IBU kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberitahu dia kini sudah boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap persiapan majlis perkahwinan anaknya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

    Menurut Sharifah, dia dan seluruh ahli keluarga sebelum ini sengaja menangguhkan segala persiapan kerana mahu menunggu keputusan rayuan akhir membabitkan Syed Saddiq terlebih dahulu.

    “Kami memang belum membuat sebarang persiapan kerana menunggu keputusan hari ini. Sekarang barulah boleh fikir hendak ikat bunga telur, cari telur dan membuat persiapan lain.

    “Sebelum ini memang tiada mood langsung kerana selagi perkara ini belum selesai, kami tidak mampu memikirkan soal majlis.

    “Bayangkan jika keputusan hari ini tidak memihak kepada Saddiq, bagaimana perasaan kami? Saya juga tidak mahu mengecewakan keluarga Bella. Perkara ini bukan berlaku setahun dua, tetapi sudah berlarutan begitu lama,” katanya kepada mStar.

    Sharifah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding rayuan akhir Syed Saddiq di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin.

    Dalam pada itu, Sharifah turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya dikurniakan seorang pasangan yang setia berada di sisi ketika melalui detik sukar sepanjang berdepan kes mahkamah.

    Bukan sahaja membuktikan kesetiaan dengan kata-kata, sebaliknya sentiasa berada di samping Syed Saddiq ketika susah dan senang.

  • Keputusan Mahkamah Syed Saddiq mengejutkan ramai pihak

    Keputusan Mahkamah Syed Saddiq mengejutkan ramai pihak

    MAHKAMAH Persekutuan mengekalkan sabitan bebas terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Isnin atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

    Keputusan itu sekali gus mengakhiri penantian enam tahun bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam usaha membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

    Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abd Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequoyah menyampaikan keputusan rayuan akhir sebentar tadi.

    Keputusan itu dibuat selepas panel mendengar hujah daripada kedua-dua pihak pada Disember tahun lepas.

    Dalam keputusan majoriti 2-1, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat Mahkamah Rayuan tidak melakukan sebarang kekhilafan apabila membenarkan rayuan Syed Saddiq pada Jun tahun lalu.

    Bagaimanapun, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mengetuai panel berkenaan memberikan penghakiman berbeza.

    Che Mohd Ruzima dan Sequerah memutuskan tiada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan asas untuk membenarkan rayuan pendakwaan.

    Dengan keputusan itu, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

  • Pelakon drama kepolisan tiba di mahkamah, diiringi 3 pengawal peribadi

    Pelakon drama kepolisan tiba di mahkamah, diiringi 3 pengawal peribadi

    KUALA LUMPUR: Pelakon wanita drama kepolisan terkenal yang ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan tidak berlesen tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, pagi ini.

    Wanita berkenaan yang memakai pakaian serba hitam dan memakai pelitup muka dilihat tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 8.49 pagi dengan diiringi tiga pengawal peribadi.

  • “Saya macam mana nak kahwin? Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah”

    “Saya macam mana nak kahwin? Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah”

    RAWANG – Penyanyi, Adira Suhaimi belum memikirkan sebarang perancangan ke arah perkahwinan baharu selagi keputusan pengesahan lafaz rujuk difailkan bekas suaminya Datuk Red belum diputuskan mahkamah.

    Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, berkata, proses mahkamah yang sedang dilalui memerlukan kesabaran sekali gus membuatkannya memberi keutamaan terhadap penyelesaian kes tersebut sebelum membuka lembaran hidup yang baharu.

    “Saya macam mana nak kahwin? Kes ini pun belum selesai lagi. Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah.

    “Kena selesaikan semua ini (prosiding mahkamah) ini duhulu,” katanya yang kedengaran seakan-akan berseloroh.

    Menurut ibu kepada empat anak itu, dia sudah menjangkakan proses perundangan akan mengambil masa yang panjang.

    Namun Adira mengakui tetap berlapang dada berdepan proses mahkamah selain menerima segala yang berlaku dengan berlapang dada.

    “Siapa yang tak penat turun naik mahkamah? Tapi saya anggap ini memang prosesnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” ulasnya.

    Menurut Adira lagi, sebarang komitmen kerja juga akan disusun mengikut jadual prosiding kerana urusan mahkamah tetap menjadi keutamaan buat masa ini.

    Mengulas mengenai hak penjagaan anak-anak, Adira memaklumkan hak hadanah berada di bawah jagaannya, selain mendedahkan bekas suami belum pernah menyuarakan hasrat membawa anak-anak bermalam sejak berkahwin semula.

    “Setakat ini belum ada permintaan seperti itu. Kalau ada pun, Insya-Allah semuanya perlu dibincangkan terlebih dahulu,” katanya.

    Ditanya mengenai hubungan anak-anak dengan isteri baharu Datuk Red, Adira berkata mereka masih belum bertemu, tetapi dia terbuka andai ada permintaan pada masa akan datang.

    Dalam masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadinya termasuk dakwaan semakin serius dengan teman istimewa untuk ke fasa seterusnya.

    “Saya akan cerita semua perkara itu selepas kes ini selesai. Buat masa sekarang saya mahu fokus untuk selesaikan kes rujuk ini dahulu,” katanya.

    Terdahulu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua namun mereka bercerai talak satu pada April 2024.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 7, Anggun, 6 dan Ayob, 4 tahun.

    Datuk Red pula kembali bergelar suami selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Rohanita pada 3 Julai lalu.

  • Buaya muncul lagi depan jeti penumpang Port Dickson

    Buaya muncul lagi depan jeti penumpang Port Dickson

    PORT DICKSON – Tular video berdurasi 24 saat memaparkan kehadiran seekor buaya yang dilihat berenang berhampiran Pulau Arang di hadapan Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, semalam.

    Video yang dimuat naik di media sosial setempat tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang berikutan kini terlalu kerap buaya sesat di perairan berkenaan.

    Malah, kehadiran buaya bersaiz agak besar berhampiran jeti penumpang berkenaan juga mengundang rasa cemas penduduk terhadap keselamatan mereka.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai kejadian tersebut, namun akan menyiasat kejadian tersebut.-

  • 2 sepupu remaja hilang selepas keluar bersiar-siar di bandar

    2 sepupu remaja hilang selepas keluar bersiar-siar di bandar

    KOTA BHARU, 20 Jun – Dua remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah untuk bersiar-siar di bandar Kota Bharu pada petang Khamis. Kedua- dua remaja itu dikenali sebagai Nur Kaseh Nalisya Mohd Ramzul Nazrie, 16 dan Nor Syahzanani Mohd Sulaiman, 15.

     

    RINGKASAN BERITA AI

    Menurut ibu Nur Kaseh Nalisya, Hasnah Zakaria, 46, dalam kejadian kira-kira pukul 5.00 petang itu, anaknya hanya memaklumkan kepada keluarga bahawa dia mahu keluar bergambar bersama sepupunya, Nor Syahzanani di kawasan sekitar Kampung Baloh, Kok Lanas.

     

    Ketika itu dia sedang bersiap untuk membawa adik kepada Nur Kaseh Nalisya mendapatkan rawatan ke klinik di Pasir Mas.

     

    “Hari tu dia kata nak keluar bergambar dengan sepupu dia. Kemudian sekitar pukul 9.00 malam, kami cuba menghubunginya, tetapi panggilan tidak berjawab, mesej melalui WhatsApp juga tidak dibalas,” katanya ketika dihubungi RTM.

     

    Sementara itu, ibu saudara kepada Nor Syahzanani, Fatihah Zakaria, 43, berkata remaja itu keluar rumah selepas memaklumkan kepada keluarga bahawa dia mahu menyertai sesi fotografi bersama Nur Kaseh Nalisya.

     

    Katanya, sebelum itu Nor Syahzanani sempat menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke pusat beli-belah di Kota Bharu bersama sepupunya itu.

     

    “Kali terakhir kami berhubung sekitar pukul 9.00 malam apabila dia maklumkan sedang dalam perjalanan pulang. Selepas itu, terus tidak dapat dihubungi,” katanya.

     

    Sementara itu, bapa Nor Syahzanani, Mohd Sulaiman Zakaria, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira pukul 10.00 pagi semalam selepas kedua-dua remaja itu gagal pulang ke rumah.

     

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua remaja berkenaan.

     

    Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan usaha mengesan kedua-dua mangsa sedang giat dijalankan.

  • 100 ekor babi ‘berendam’ dalam lopak air selepas terjatuh dari lori

    100 ekor babi ‘berendam’ dalam lopak air selepas terjatuh dari lori

    JAKARTA – Satu klip video tular di Way Kanan, wilayah Lampung memaparkan 100 ekor babi berkeliaran di tengah jalan selepas lori membawa muatan haiwan itu terbalik, lapor portal berita Lambe Turah.

    Kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) di Jalan Poros, Kampung Bali Sadar Utara baru-baru ini.

    Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan sebilangan babi ‘berendam’ di dalam lopak air, manakala sebilangan lagi sedang memakan rumput di tepi jalan.

    Ketua Polis Trafik Way Kanan, AKP Sulkhan berkata, lori membawa muatan 100 ekor babi itu dipandu laju ketika melalui jalan berlubang, menyebabkan ia terbalik.

    “Lori tersebut dalam perjalanan menuju ke Baradatu,” kata Sulkhan.