Ibu Syed Saddiq bersuara mengenai perkahwinan selepas keputusan kes Mahkamah Syed Saddiq diumum

IBU kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberitahu dia kini sudah boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap persiapan majlis perkahwinan anaknya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Menurut Sharifah, dia dan seluruh ahli keluarga sebelum ini sengaja menangguhkan segala persiapan kerana mahu menunggu keputusan rayuan akhir membabitkan Syed Saddiq terlebih dahulu.

“Kami memang belum membuat sebarang persiapan kerana menunggu keputusan hari ini. Sekarang barulah boleh fikir hendak ikat bunga telur, cari telur dan membuat persiapan lain.

“Sebelum ini memang tiada mood langsung kerana selagi perkara ini belum selesai, kami tidak mampu memikirkan soal majlis.

“Bayangkan jika keputusan hari ini tidak memihak kepada Saddiq, bagaimana perasaan kami? Saya juga tidak mahu mengecewakan keluarga Bella. Perkara ini bukan berlaku setahun dua, tetapi sudah berlarutan begitu lama,” katanya kepada mStar.

Sharifah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding rayuan akhir Syed Saddiq di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sharifah turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya dikurniakan seorang pasangan yang setia berada di sisi ketika melalui detik sukar sepanjang berdepan kes mahkamah.

Bukan sahaja membuktikan kesetiaan dengan kata-kata, sebaliknya sentiasa berada di samping Syed Saddiq ketika susah dan senang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *